~ hAti yAnG kAu sAkiTi ~

To be honest...this post mmg khas utk seseorg...congrate sbb dia telah berjaya buat saya sedey n menitiskan air mata...teruk sngt ke saya sehingga dia memanggil saya dgn gelaran seperti itu???


Tak perlu nak ingatkan saya sbb saya mmg tak kan pernah lupa asal-usul saya...saya sentiasa sedar siapa saya 'disitu'...saya hanya menumpang kasih pada yg sudi menghulur...saya hanya menumpang teduh dibawah bumbung itu...saya hanya seorang insan kerdil yang mengharapkan kasih sayang dan perhatian yg saya tak pernah dapat...x perlu bimbang kerna saya takkan ambik sesuatu yg bukan milik saya...


Sampai masa dan ketikanya saya akan pergi juga...harap dia bersabar sehingga smpi detik itu...



p/s: thanks utk dia atas 'kesakitan' ini



gEloMbaNg ^^ oMbAk RinDu ^^






Semalam saya berkesempatan g tgk movie yg membawa gelombang luar biasa pada industri perfileman tanah air sama mcm tajuknya ~ Ombak Rindu ~ Uishhhh...panggung mmg full house, TGV siap buat double tayangan lagi...hebatnya sambutan...ye la baru beberapa hari ditayangkan, kutipan da pun mencecah RM4 juta...masyukkkkkkkkkk!!! congrate pada semua pihak yg terlibat....


Tapi nie pendapat saya...saya tak rase pun cite tuh best giler macam yg di gembar gemburkan...or dalam kate lainnya indah khabar dari rupa...out of 5, sy hanya boleh bg 2...itu pun utk effort para pelakon...klu sy sebagai pembaca pun agak kecewa dgn hasilnya inikan pula penulis...


Antara sbb2 kenapa saya rase citer nie tak best:


1) saya mmg tak suka citer/movie yg diadaptasi dari novel - novel just leave it as a novel tak perlu nak diadaptasi


2) saya adalah seorg die hard fan utk novel Ombak Rindu - bila mana saat saya membaca buku itu dulu saya telah mengimaginekan mengikut kreativiti saya...maka bile saya tngk movie itu smlm, dia tak menepati dgn kehendak saya


3) pelakon2 yg agak kaku - kaku maksud saya kurang penghayatan, setiap pelakon pun mcm sedang membaca dialog...tak de originality...1 jam pertama saya tercari2 part mane yg best...tapi smpi akhir saya tak jumpe...bile ade org kate cite tuh sedey sy tercari2 part mane yg perlu utk saya menangis tapi smpi akhir saya keras sbb kepanasan dalam panggung...woiiii aku bayar tiket mahal tau...apsal tak rase aircond?????


4) lokasi yg tak kena dgn jalan cerita - Izzah dibawa n dijual di KL...then berkahwin dgn Harris n dibawa tinggal kat sebuah rumah which is that rumah kat tepi pantai...helloooo kat KL ade pantai ke melainkan Pantai Dalam yg pantainya hanya pada nama je??? Keje pulak kat ladang teh Cameron Highland...hadoiiii...jauhnya plot2 citer tuh lari...


5) wardrobe yg kurang cantik - tolong la betolkan tudung Izzah tuh...sy pun org kg jugak, tapi sy tak de plk pakai tudung skaf kedepan



Ape yg saya suka:


1) lagu yg best...vokal hafiz mmg best...adira juga


2) rumah yg sngt cantik beserta lokasi yg berada di tepi pandai n tepi bendang...hadoiiii best giler....tolong la bawa daku kesana




p/s: ayat penegasan

ini pendapat saya...setiap org ade pendapat sendiri so kite bebas utk bersuara




~ dOaKu ~



Jika Allah tidak memberiku seseorang yg aku impikan
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang memimpikanku


Bila Allah tidak memberiku seseorang yg aku rindukan
Semoga Dia menghadirkan seseorang yg merindukanku


Bila Allah tidak memberiku seseorang yg aku dambakan
Semoga Dia memberiku seseorang yg mendambakanku


Bila Allah tidak menyatukanku dgn seseorang yg aku cintai
Semoga Dia menghadirkan seseorang yg mencintaiku


Yang bukan hanya kerana apa yg ada padaku...
tetapi apa adanya aku!!!

Hari Asyura = 10 Muharam

Assalamualaikum...


Klu sebut je pasal Asyura ape benda pertama yg terlintas kat kepala korang???ok let me guess...bubur asyura yg sngt sedap kan, betol tak???yes3...10 marks 4 me...ahaks!!!tingat plk masa zaman kecik2...sekolah saya depan masjid je...so bile time org buat bubur asyora tuh,ktorg akan bebaris pandang ikot darjah n class memasing pg ambik bubur sorang sebungkus...ehe suke...skng ade lagi ke cm tuh???mcm tak tak de je...skng zaman da moden...ntah2 bebudak skng nie bubur asyura pun da tak tau mcm mane ghopernye...

SEJARAH ASYURA
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.


Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.


Kejadian2 besar ketika 10 Muharram:

Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Adam a.s. dicipta.
Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.


Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura:

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2

fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


2. Memuliakan fakir miskin

fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


3. Menahan marah

fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.


4. Menunjukkan orang sesat

fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.


6. Bersedekah

fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri

fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8. Mandi Sunat

fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu (lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala' )


9. Bercelak

fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali

fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.


11. Sembahyang sunat empat rakaat

fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. (lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala' Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.)


12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'

fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .


13. Menjamu orang berbuka puasa

fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14. Puasa Sunat

fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. (Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala')



p/s:

1) Renung2kan dan selamat beramal...ikhlaskan hati kerana Allah i'Allah ade ganjaran yg menanti


2) Sumber...tq 2 En. Google ;)



hApPy dEceMbeR

Uish...sedar tak sedar je kite da masuk bulan 12 kan??? mcm baru smlm je sambut tahun baru...betapa cepatnya masa berlalu n betapa ruginya kita yg tak pandai nak menghargai masa (ayat nie utk saya)


Keje da semakin bz...buat keje pun mcm da tak cukup tngn jer...biasa la hujung2 tahun nie, serangan auditor...mcm2 diorg mintak nnti...ermmm betol la kan, tak de sape pun yg suka ngn auditor??? ehe...


Class pun da semakin pack...dgn assignment, test...mcm da tak lame je lagi nak final...ermmm bersedia ke saya?? rase mcm tak je...hadoiiii cm n nak hadap nie???? saya kena berusaha keras ni...chiyok3 Farizan...klu tak mesti pointer saya drop...huhuhu plssssssssss la En. Pointer... pls stay at the same ranking or move up...


K la cau...nak smbg layan best buat assignment (best la sngt...TDDMKA)