Ibu saya seorang pembohong!!!

Pembohongan Ibu...

Ibu saya seorang pembohong!!!

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.

Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!


01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa Hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi Dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".


02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA

Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik. Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat mak seperti itu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."


03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi Dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum Dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."


04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT

Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika Hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum Dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya Lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya Dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental. Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak Dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat menolaknya Dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."


05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi Dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah Dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati Dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak. Anehnya, mak menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar Ada seorang lelaki yang akan menjaga mak Dan mencarikan Wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."


06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM


Setelah kakak Dan abang habis belajar Dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak Dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah Dan bersengkang Mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya. Kakak Dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan Wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima Wang tersebut. Malahan mak mengirim balik Wang itu, Dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak Ada duit."


07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau Hari-Hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan Dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."


08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN


Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata "Jangan menangis nak, mak tak sakit."

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK! Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!



______________________________________________________________

Assalamualaikum...da terlalu lama sy tidak menulis disini...banyak benda yg terjadi...tapi biar la...hadapi la hidup ini dgn tabah...sesungguhnya Allah itu telah menjanjikan yg terbaik utk setiap umat2nya...

Cerita diatas sngt2 terkesan dihati saya... :'( lalu kemudian sy mengambil keputusan utk meletakkannya disini, supaya sy masih boleh membacanya even dimana pun sy berada...tambahan pula skng zaman da serba canggih...intenet hanya dihujung jadi anda....

Tahun nie genap 28 thn emak sy meninggal (seusia dgn kelahiran sy)...same date ngn tarikh hari raya kite nanti (insyaAllah) + Hari Kemerdekaan Malaysia ~ 31 Aug 2011~


Bukan sng life tanpa ibu…mmg orang akan nampak sy seolah2 tak kisah dgn semua nie...sy selalu je kata yang sy tak pernah kekurangan kasih sayang...BETOL!!! sy yak pernah menafikannya...sy sngt2 kaya dgn kasih sayang...Allah tue Maha Kaya…Maha pengasih..Maha Penyayang…Dia telah gantikan sy dgn kasih sayang yg lain…. Kasih sayang keluarga...Kasih sayang saudara...Kasih sayang kawan2 yg sgt baik...Kasih sayang Acik terutamanya….Acik sudah sy anggap seperti pengganti mak, terlalu byk budi Acik yg tak dapat sy balas...

Tipu la klu sy kata sy tak penah sedih…tak penah terasa dgn ape yg terjadi….frankly speaking sy jeles je dgn orang2 sekeliling yg ade mak...boleh peluk…boleh cium…boleh majuk2...tapi sy tak berkesempatan pun nak buat semua tuh dgn mak...bila dalam saat2 yg menyakitkan lagi buat sy terasa…sy tak dapat nak share cerita dgn mak...tak boleh nak mengadu suka duka saya dgn mak…tak penah pun merasa mcm mana kena pujuk ngn mak…semua itu sy lalui sendiri...

Seorang saudara penah berkata kepada sy….
‘at least k.yan patut bersyukur sbb k.yan tak de dosa melawan/derhaka kat mak’
Betol…mmg sy akui...tetapi dia lupa…klu sy tak mendoakan kesejahteraan emak ‘disana’ pun sbnrnya menjadi 1 dosa pada saya...dia lupa mcm mane sy membesar tanpa seorang ibu...dia lupa macam mane sy melalui hari2 sukar tanpa seseorg yg dipanggil ibu…yg sepatutnya jadi penguat sy…dia lupa semua tuh...

Saya tak pernah dapat merasa sentuhan seorg ibu…klu ade pun sy tak ingat...SUMPAH!!! Mak pergi ketika saya baru nak mengenal dunia...seusia 3 bulan, ape je la yg sy tahu ketika itu??? selain dari menangis...menangis...dan menangis...

Semasa sy berkesempatan menjadi tetamu Allah pada tahun lalu…sy berdoa agar Allah dapat temukan sy dgn mak...even terpandang dari jauh pun jadi lah...sbb sy takut sgt sy dah smkn lupa muka mak mcm mana….Ye la org dulu2 bukan ade byk gambar pun kan??? Tapi Allah tak memakbulkan doa sy…sy redha…sbb kite kena sentiasa bersangka baik pada ALLAH dan Dia lebih mengetahui ape yg terbaik utk sy…. tapi sy tetap berdoa semoga 1 hari nnti ALLAH akan makbulkan jugak impian sy even lambat....

Semua nie mengajar sy supaya lebih kuat...lebih tabah utk menjalani hidup...lebih matang…dan lebih berdikari...kepada korang2 yg masih ada emak…ade ibu…ade mama…ade ummi...tolong la hargai diorang...tanpa mereka kita tak tentu ada kat dunia nie...


Buat emak sy...NORSIAH BT BAHARI...semoga emak tenang 'disana' dan ditempatkan bersama2 dgn orang yg beriman...amin!!!! YA ALLAH YA TUHANKU...KAU KASIHI LA KEDUA ORG TUA KU SEPERTI MANA MEREKA MENGASIHIKU KETIKA AKU MASIH KECIL...DAN KAU AMPUNI LAH SEGALA DOSA2 MEREKA...AMIN...



Ini kisah dan luahan hati sy...sekadar berkongsi ape yg sy rase dan lalui...tiada niat utk menyakiti hati sesape….

Sekian….wassalam



1 comment:

  1. Salam bloggerwan..sayu membaca posting ini.. izinkan saya kongsikn info ni..

    kwn sy pn pernah hidap kanser tahap 4..tahap yg boleh membawa maut..puncanya dari Resdung..

    kini alhamdulillah selepas amik supplement TF 4Life..dia sihat..supplement ni trbukti hapuskn 97% sel kanser..

    brbanding kimoterapi yg hanya membunuh 88% sel kanser..tapi jg mmbunuh sel2 lain yg mmbuat bdn kita lemah dan rambut gugur..

    Maaf kpd pembaca..sy sekadar ingin kongsikan info ni..harap terima dan memahami.

    Terima Kasih

    ReplyDelete